Bagaimana mencari tajuk projek yang sesuai
Biasanya tajuk ini banyak dibincangkan oleh pelajar-pelajar IPT yang ingin menentukan tajuk projek akhir mereka. Biasanya pada waktu ini para pelajar menghadapi masalah menentukan tajuk yang sesuai dan diterima oleh penyelia projek mereka. Disini saya meletakkan beberapa kaedah yang saya anggap ia dapat membantu pelajar.
1. Senaraikan Tajuk
Di sini saya mencadangkan supaya anda menyenaraikan tajuk-tajuk yang terlintas di fikiran anda pada sehelai kertas.
a. Senaraikan sekurang-kurangnya 10 tajuk.
b. Pastikan tajuk-tajuk yang anda senaraikan itu adalah berkaitan dengan kursus yang anda ceburi dalam institusi anda. Sebagai contoh, sekiranya kursus yang anda ambil adalah dalam bidang kejuruteraan komputer, cuba anda cari projek yang melibatkan pengaturcaraan dan juga peranti elektronik.
c. Pastikan tajuk yang anda pilih itu tidak terlalu rumit.
d. Pastikan tajuk yang anda pilih itu menggambarkan skop yang tidak terlalu besar.
e. Selepas perkara-perkara di atas sudah dibuat, buat
short list pada senarai yang telah dibuat.
2. Tentukan Objektif anda
Untuk pengetahuan anda setiap tugasan yang ingin dilaksanakan, terlebih dahulu kita harus menentukan sasaran kita untuk dicapai. Sekiranya sasaran ini tidak diletakkan pada peringkat awal, maka sebenarnya kita tidak mempunyai satu TITIK akhir. Dengan itu penentuan objektif itu adalah sangat penting. Ciri-ciri objektif yang baik adalah seperti berikut:
a. Menentukan Objektif Terhadap Projek
i. halatuju projek
b. Menentukan Obejktif Terhadap Diri Anda
i. apa yang anda ingin capai untuk diri sendiri (Kebaikan untuk masa hadapan diri)
c. Menentukan Objektif tempat projek ini akan diaplikasi sendiri.
i. menentukan sasaran tempat projek ini digunakan dan menentukan kebaikan kepada lokasi dan persekitaran projek anda digunakan.
Sebenarnya bilangan objektif itu adalah menentukan jumlah kerja yang anda perlu selesaikan.
3. Menyediakan kerta kerja
Kertas Kerja merupakan satu dokumentasi cadangan projek. Dan cadangan saya kepada anda sebelum berjumpa dengan penyelia sama ada yang anda pilih sendiri atau penyelia yang memilih anda, pastikan sebelum anda berjumpa dengan penyelia anda sudah menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kertas kerja dengan tajuk yang berlainan. Ini bertujuan penyelia yang menyelia projek anda dapat melihat secara keseluruhan halatuju projek anda dan juga akan menjimatkan masa anda mencari tajuk yang akan dipilih. Antara isi kandungan yang perlu ada dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut:
a. Tajuk Projek
b. Objektif Projek
c. Skop projek
d.
Research and Methodology
e. Abstrak
d. Pengenalan secara ringkas kepada projek
4. Berjumpa dengan penyelia
Sebelum anda berjumpa dengan penyelia anda, pastikan anda sudah mendapatkan banyak maklumat tentang projek yang ingin laksanakan. Dan pastikan anda mentetahui sumber maklumat tentang peranti-peranti yang diperlukan. Keran ini adalah menjadi sebahagian daripada perkara yang amat penting dalam menentukan halatuju projek anda.
Jangan sekali-kali berjumpa dengan penyelia anda dengan tangan kosong, atau secara langsung meminta cadangan projek daripada penyelia anda.